PART 2 : Minggu "B" dan permulaan huruf Hijaiyah.

Kepada yang belum lagi baca Part 1. Boleh klik disini ya.

Ok aktiviti seterusnya :


7. FILL THE  B-BOTTLE 

Saya dapat idea ni dari blog Pn Roslina yang juga sedang homeschooling 2 anaknya. Boleh baca blognya disini.Sepatutnya Fill the bottle with sponge. melatih anak mengenggam sponge tu. Tapi sponge tak jumpa. Saya suruh je la Zharif fill the bottle with B-bucket. Anak saya ni susah nak ajak mandi. Bagus juga ada aktiviti macam ni. Boleh la pujuk ajak mandi sambil main belajar.








8. PLAY WITH BUBBLE

Ini juga salah satu aktiviti untuk minggu "B". Play with bubble. Untuk mengelakkan lama sangat duduk dalam bilik air, saya isi sabun dalam besen, dan buatkan bubble untuk Zharif main. "Let the imagination run wild'' bak kata orang putih.Jangan ditanya lah berapa lama main ni. Kalau bab air ni, 2 jam pun tak cukup.








9. Huruf Hijaiyah.
Untuk huruf hijaiyah, saya pilih untuk ajar 4 huruf sekali, sebab sesi mengaji setiap malam lepas maghrib tu dah buat Zharif kenal beberapa huruf Hijaiyah ini. Cuma ada huruf yang mungkin dia keliru, macam 'TA' dan THA' perbezaan  2 titik dan 3 titik disitu. Saya buatkan flash card background putih dan huruf merah, sebab saya ada baca post Puan Ct Hanizah Abdul Aziz di fb tentang kebaikan warna kontra ni untuk bayi. Walaupun anak saya bukan bayi lagi, saya guna je lah.hihi. Sebelah kanan pula saya buat aktiviti tulis dan match. Suruh zharif match mana huruf yang serupa dan tulis juga. Mende ni kalau laminate lagi bagus, boleh guna banyak kali. Boleh bawa ke mana-mana.Ini pun perkongsian ibu hebat di fb juga, tapi saya pun dah ingat siapa.

 10. PUPPET STORY TELLING.

Saya dapat idea ni dari slot cerita para sahabat nabi di Channel OASIS. Tapi saya pilih untuk cerita benda yang basic2 je dlu. Cerita kali ni tentang memberi salam. Saya buat pentas puppet tu dari kulit keras belakang kertas lukisan tu.yang warna kelabu tu. Saya potong dan decorate lah sikit.Nanti nak dirikan saya sandar je kat mana-mana.Untuk watak kartun tu pulak saya lukis orang-orang yang selalu dia jumpa.Atok dan Wan, Pakcik dan Makcik, Cousins. Ada juga Animals dan Rumah. Saya gunting dan lekatkan pada ice-cream stick. Jadi ceritanya senang je, "Zharif is walking in the park, then he see ibu and ayah, what should we say when we see people?...Assalammualaikum ibu dan ayah.." ha gitu la.. dan seterusnya. Terpulang la bagaimana kita nak bagi cerita ni menarik. Untuk Zharif, lepas tengok mende ni, dia mula la ambil watak dia tu dan mula reka cerita sendiri. Kadang-kadang tergelak dengar die buat cerita. Ada ayah langgar cow lah. Hihi. Takpelah nak. Asal Zharif berminat ibu dah bersyukur sangat dah.Lepas ni boleh cerita menda lain pulak, watak pun kena tambah-tambah.

 11. SIFAT ALLAH BOOK.

Aktiviti yang last ni saya memang betul betul bersyukur pada Allah. Sebab buka hati saya untuk ajar pasal Allah pada anak saya. Yelah ibu Zharif ni pun bukan baik sangat, ustazah lagi la bukan. Idea ni datang atas post nasihat di fb Puan Puan Ct Hanizah Abdul Aziz juga. Katanya, sebelum kenalkan anak kita dengan ilmu Allah, kena lah kenalkan dulu dengan penciptanya. Bila saya baca, haah, betul juga ni. Tapi bagaimana nak cerita pasal Allah kat anak 4 tahun ni?.. kalau orang besar boleh la bawa ke ceramah kan. Jadi proses google meng-google pun bermula. Dan Allah temukan saya dengan blog INI (sila klik untuk baca). Ibu ni mencadangkan kita ajar anak mengenal Allah dari sifat-sifatnya. Dan sifat pertama dia bagi contoh ialah Allah Al-Khaliq. Allah Maha Pencipta. Aktiviti ni memang buat saya pun belajar sekali. Saya memang tiru sebijik buku yang ibu ini buat bersama 2 anaknya. Cuma tak ikut bentuk Pizza Book dia buat tu sebab dah baca tak paham camana nak buat bentuk pizza. Dan lagi satu saya tambah page Allah made ibu, ayah, Zharif and baby.Buku ni saya lukiskan gambar-gambar, dan bila waktu bacakan tu saya buat macam ni " Allah made the sun and the moon, where is the moon and the sun? '' Zharif akan tunjuk gambar moon and sun lepas tu saya suruh dia tampalkan di page tersebut. Bila dah siap boleh la bacakan sekali atau buat sesi soal jawab. Suprisingly Zharif suka buku ni. Selalu dia suruh saya bacakan. Mungkin sebab buku ni warna warni dan ada gambar robot dia tu.Alhamdulillah. Semoga anak saya ni jadi anak yang soleh. Ameen.


Syukurlah kepada Allah, tamatlah aktiviti saya bersama Zharif minggu ni. Sebenarnya saya risau, sebabnya bila kita menyampaikan ayat Allah kepada orang lain, dugaan kita lagi tinggi berbanding orang yang kita nasihat tu. Yelah, antara aktiviti yang saya buat ni kan macam menasihati anak saya juga, contoh memberi salam tu. Mampu tak saya lepas ni tunjuk contoh yang baik pada anak saya sentiasa beri salam. Itula yang saya risaukan. Semoga Allah sentiasa ingatkan saya dan ingatkan anda semua. Ameen..

Terima kasih saya ucapkan kepada ibu-ibu yang sentiasa berkongsi ilmu-ilmu di facebook dan diblog. Post anda tidak sia-sia. Saya akan cuba praktiskan dan berkongsi kepada orang lain. Semoga Allah membalas jasa anda dengan perkara yang baik-baik. Sekian sahaja dari saya. Semoga mendapat manfaat.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment