Pengalaman Melancong Ke Utara Italy

Bismillahirrohmanirrahim..Assalammualaikum wbt.

Dah lama sangat dah berhajat nak buat entry ni..Tapi akibat urusan yang banyak sangat lepas balik dari Italy tu, nak pindah rumah baru la..nak mengemas la..nak daftar anak sekolah laa..macam-macam..maka tergendala la nak buat entry ni..hihihihi..

Oklah..buat yang tak mengikuti perkembangan Ana di media sosial ( bajet artis orang nak follow), Bulan November 2016, Ana dan keluarga telah berpeluang ke Negara Italy. Sebenarnya kami tak pernah pun merancang nak ke sana. Rezeki Ana dan anak-anak, suami dihantar untuk berkursus di sana selama 2 minggu.



Bila suami bagitahu dia dapat pergi sana..MasyaAllah..seronok sangat la Ana ni...giler apa tak seronok..first time nak pergi EUROPE ni weh..berkobar-kobar semangat ni..Lagipun sebenarnya masa Ana masih bekerja di MAS dulu, ada juga suami dapat tawaran kursus kat sini. Patutnya sebulan masa tu. Tapi hasrat Ana nak ikut tak dikabulkan. Unpaid leave di reject HR..sobs sobs..sedih sangat masa tu..marah pun ada jugak..Tapi kan..rupanya Allah nak bagi peluang masa Ana dah tak bekerja lagi..Mudah tak yah nak amek cuti bagai dah..kihkihkih..alhamdulillah..

Itulah orang kata, perancangan Allah lebih baik. Sedih ye sedih, tapi kita kena redha ok. Allah gantikan yang lebih baik bila kita redha. (ceewah Ustajah pulak)..

Ana dengan husband tak pernah ke Europe. Tak pernah langsung. So, di dalam kegembiraan kami ni, sebenarnya sara risau jugak. Camana nak ke sana? Dah sampai kena naik bas ke?..Macam mana nak ke hotel?..Macam-macam yang bermain dalam fikiran kami ni..Maklumlah, kami jarang melancong. Pernah juga ke Istanbul, tapi tu pun ada pakcik ikut. Pakcik selalu melancong so senanglah, kami takyah pikir ape-ape sangat.

Dan, sebenarnya nak google payah juga Italy ni. Sebab kebanyakkan entry Ana jumpa semua dalam bahasa Italy. habuk aku tak paham. Ada entry dari Malaysia, tapi mereka banyak berjalan ke tempat-tempat besar Italy. Macam Roma, dan Venice. Kami akan stay di utara Italy, sebab company tempat husband Ana kursus tu kat Utara. So information macam limited jugak la..

tempat kami duduk.Jauh ke utara, dah nak masuk Switzerland dah.


Info yang kami dapat cuma dari kawan-kawan husband la. Yang pernah ke sana. Cuma kami tak boleh nak ikut 100% suggestion dieorang. Sebab mostly kawan-kawan husband ni datang solo. Husband Ana pulak Ana paksa bawak Ana dan anak-anak (muahaha). Jadi pergerakan kami agak terbatas sikit. Dan poket juga..lagi ramai ikut lagi banyak la belanjenya..Kan kan..

Jadi husband cakap..takpe kita redah aje lah. Mana yang kami sampai, sampai lah..Asalkan g Italy..Nak cecah kaki kesini pun bukan mudah kan....

Husband Ana ni kerjanya repair helicopter. Jadi sebelum dia boleh repair heli tu, dia kena la amek course pasal heli tu dulu kan. Kena la blaja sistem ke ape semua. Dah kalau tak paham camane nak repair. Ye dok. So husband Ana kena hantar ke Italy ni sebab manufacturer heli (LEONARDO COMPANY) tu ada kat sana. Tempat yang kami pergi ni namanya Sesto Calende.

Sesto Calende ni adalah sebuah bandar dalam wilayah Varese, Utara Italy. Di sebelah utara Italy adalah negara Switzerland. Ada satu tasik yang sangat besar yang merangkumi 2 negara ini. Nama nya Lago Maggiore (Lago tu maksudnya tasik). So Sesto Calende ni terletak di penghujung tasik Maggiore (bahagian selatan tasik). Jom tengok peta ni:



Kalau tengok peta betul-betul, bandar besar paling dekat dengan Sesto Calende tu adalah Milan (Milano dalam bahasa Italy). Dan Sesto Calende atas lagi dari Bandar Milan tu. Airport yang paling dekat kat situ pula adalah Malpensa Airport.

Lago Maggiore adalah tasik besar yang merangkumi 2 negara iaitu Italy dan Switzerland. Sesto Calende pula memang terletak betul-betul di selatan tasik tu. Tarikan di sini memang tak lain dan tak bukan, scenery yang gila-gila cantik la...Tak tahu nak cakap camana cantik dia..Shopping??..Nahhh..Ana rasa shopping tak berapa sangat. Sebab mahal gilak. Duit Malaysia pun dah jatuh kan. Pasal tu mahal sangat. So kami memang betul-betul berjalan je, kurang shopping sangat.

Eh panjangnya...

Ok-ok..next entry ni Ana nak cerita dari awal perjalanan kami ke sana dan hotel apa kami duduk dan beberapa tips kalau datang ke Italy..

Baca Di SINI ye.tolong la komen-komen sikit..baru la semangat nak menulis lagi..(^_^)


























No comments:

Post a Comment