Showing posts with label Tips business. Show all posts
Showing posts with label Tips business. Show all posts
Assalammualaikum wbt.

 

Pernah tak rasa rezki macam sangkut-sangkut je.. Fina pernah. Dan especially yg buat biz akan lebih senang nak rasa. Sama ada rezki mudah masuk atau pun sangkut-sangkut.

Dalam keadaan mcm ni kita jangan pandang salah orang lain. Pandang diri kita je. Pasti ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan supaya rezki kita mudah masuk dan diberkati. Kadang Allah tarik rezki supaya kita ingat dan kembali pada Dia. Pasti ade hikmah disebalik apa yang Allah takdirkan untuk kita. Selalu la bersangka baik. Cuba positif kan diri.

Ade 5 perkara yg kita perlu buat sebagai tanda taubat dan syukur kita padaNya..

1. Istighfar dan solat sunat taubat.🍁

– dosa2 kita juga boleh menjadi batu penghalang kepada rezki kita.. selalu la istighfar kerana kita hanya manusia yg mudah melakukan kesilapan. Rendahkan diri kita sebagai seorang hamba yg penuh dengan dosa. Mohon keampuanan pada Allah dengan sesunguhnya..

– dalam Alquran juga disebut, sesiapa yg memohon ampun pada Allah, akan datang jalan keluar kepada masalahnya dan Allah akan beri rezki dari arah yg tak disangka-sangka.

2. Syukur dengan nikmat yg kita ada skrg..🍁

– Bila ada masalah atau tak dapat rezki seperti yang kita minta, kita seolah-olah lupa akan nikmat Allah pada kita selama ni. Padahal terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri yg Allah dah beri selama ni.. paling kita tak sedar Allah beri nikmat dan tak tarik balik dari kita..Allah..

– jadi banyakkan bersyukur kerana nikmat Allah pada kita tidak terhitung banyaknya. Bila bersyukur hati kita akan lebih tenang dan membuka pintu rezki untuk masuk dgn mudah..dan ketahuilah makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar..

3. Perbaiki solat dan solat awal waktu.🍁

– Siapa yg menjaga solat, Allah akan menjaganya.. Allah akan beri dia kejayaan di dunia n akhirat.. Solat akan menjadikan seseorang itu dekat padaNya. Bila perkara paling penting kita jaga dengan sehabis baik in shaa allah pasti rezki dan hidayah Allah mudah untuk datang..

4. Berbuat baik pada ibu bapa.🍁

– Rezki kita juga boleh sangkut-sangkut jika kita tak jaga hubungan kita dgn ibu bapa..tengok bagaimana nada kita bercakap dengan mak. Adakah kita mengembirakan mereka.. kalau boleh call mak hari-hari dan tanya khabar
- doakan mereka (mak ayah kita)  bagi yg masih hidup atau meninggal dunia. Kerana doa itulah tanda kasih syg kita pada mereka..bila hubungan dengan mak ayah kita baik, pastinya mudah utk kita dpt rezki yg baik juga..

 

5. Sedekah.🍁

– dah ramai yg tahu dasyatnye kesan sedekah ni pada rezki kita.. ia menyucikan harta kita dan mengundang rezki yg barokah. Sedekah yg Allah suka adalah yang berpanjangan walapun sedikit..

– setiap hari sedekah la semampu yg mungkin. Cuba jadikannya amalan harian kita.. cuba sedaya upaya menjadikannya amalan wajib kita setiap hari. Pastinya lebih mudah rezki utk masuk dan berkembang..


Sekian dari Ana, semoga kita sama-sama cuba perbaiki diri kita agar Allah menjadikan hidup kita lebih barokah dan penuh kasih syg..❤

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt..

KONSEP 7 Jars.

 

Hai semua.. baru-baru ini Ana ada belajar satu TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN yang baru dari senior-senior Shaklee.Nama tips yang depa ajar kat Ana ni adalah menguruskan wang dengan konsep 7 jars ( jar tu balang kan dalam bahasa? 🤔)

Apa itu konsep 7 jars?

Ada seorang motivator dekat Canada nama dia T Harv Eker mencipta satu konsep untuk menguruskan kewangan, dengan menggunakan 6 Jars. Tapi abang-abang dan kakak-kakak Shaklee telah pun menambah satu lagi jar untuk konsep ini, dan memberi nama Konsep 7 jars. 

Setiap jar tersebur diberikan dengan nama-nama berikut ;-

1. NEC (necessity) - tabung untuk keperluan dan belanja harian seperti makanan dan bil rumah.

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku dan kelas business .

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu besar belanjanya contohnya rumah, aset lain.

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila kita dah tak kuat dan dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, macam travel atau hobi mengumpul tudung cantik ke 😁.

6. GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan, sedekah jariah.

7. Parents (tambahan) - tabung untuk parents lah..wajib ni.

jadi apakah saranan En T Harv ni?.. Saranannya setiap kali gaji kita masuk, Duit gaji terus di bahagikan mengikut percentage-pencentage yang ana ade letak dalam gamba kat atas tu.

Percent untuk setiap kategori:-


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


So katalah gaji anda RM10,000 ( sila sebut aamin )..

👉🏻 RM5000 masuk tabung NEC (byr bil)
👉🏻 RM500 untuk EDU (beli buku)
👉🏻 RM1000 untuk LTSS ( beli rumah)
👉🏻 RM500 untuk FFA ( insurans, emas, saham)
👉🏻 RM1000 untuk PLAY (melancong)
👉🏻 RM1000 untuk GIVE (zakat, sedekah)
👉🏻 RM1000 untuk parents.

tapi camana ni Ana, NEC saya dah lebih 50% ni???

Takpe-takpe..kita jadi kreatif, kurangkan percent kat tempat-tempat lain, contohnya untuk tabung PLAY tu, boleh reduce kan sikit.

Lepas tu kita kena la KONSISTEN buat..macam Ana takde gaji dah kan, walaupun duit untung dapat RM50 ringgit je tetap kena bahagi-bahagi jugak..yang penting buat jangan tak buat..50sen pun letak dalam jar tu pun takpe.

Sebenarnya sangat lah lebih elok kalau kita ada tabung 7 balang kat umah, terus letak duit dalam tu, tapi disebabkan Ana ni selalu tak melekat kat umah. Jadi risau jugak nak simpan cash dalam umah kan. So duit untung berniaga Ana letak dalam akaun tabung haji. Susah dah nak usik. Cuma Ana akan rekodkan lah berapa jumlah terkumpul setiap tabung dalam buku.

Tapi bila Ana tibe-tibe rasa nak beli tudung ke, Ana refer la kat buku tu. berapa ada dalam tabung PLAY Ana, kalau cukup ana keluarkan la duit dari tabung haji tuu..

Haaa mudahkan..kadang-kadang terlebih jugak belanje tu..tapi at least kita ada guideline..dah terlari sikit dari plan pastu boleh la cepat-cepat bertaubat...

Tobattt tak buat dah..✋🏻✋🏻.

Hihi itulah saje perkongsian pada hari ini. Nak masuk Shaklee tak? Best tau Shaklee, macam-macam boleh belajar 😊


#TsunamiShaklee
#Konsep7Jars
#PengedarShakleeKuantan