Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha

Assalammualaikum.

Hari tu semasa saya schrolling2 news feed di Fb, ternampak pula satu video menyentuh perasaan dari Ustaz Ebit Lew. Siapa tak kenal ustaz Ebit Lew. Seorang ustaz yang sangat lemah lembut atur cara percakapannya, dan sentiasa menyuruh kita membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah. Video yang dikongsikan kali ini pula berkenaan dengan SOLAT SUNAT DHUHA.

Solat sunat dhuha memang sinonim dengan mereka yang memerlukan bantuan Allah supaya dimurahkan rezeki. Tetapi dengan solat sunat dhuha juga, segala masalah dapat diselesaikan. Dalam ceramah ustaz Ebit Lew tu, ada disebutkan tentang seorang sahabat yang ayahnya meninggalkan hutang dengan sangat banyak apabila ayahnya tu meninggal dunia. Tapi semua masalah tu dapat diselesaikan dengan mengamalkan solat sunat dhuha. Yakinlah kepada Allah, dengan solat 2 rakaat, Allah bantu kita selesaikan semua masalah.

Jadi, sempena hari yang penuh barakah ni, saya ingin kongsikan cara mengerjakan solat sunat dhuha. Ilmu ini saya dapat dari buku Panduan Beramal Ibadah keluaran syarikat Darul Nu'man.

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan 2,4,6 atau 8 rakaat, 2 rakaat tiap-tiap satu salam.Waktu solat ini ialah selepas waktu solat sunat Israq sehinggalah gelincir matahari masuk waktu Zohor.Sayyidatina Aishah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW solat sunat dhuha 4 rakaat, dan baginda menambah seberapa yang beliau kehendaki.

Lafaz niat solat sunat dhuha:
 

Bacaan Surah: 

Kaedah 1:
Rakaat pertama - Selepas Surah Al-Fatihah, baca surah As-Syamsi.
Rakaat kedua - Selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Lail.

Kaedah 2:
Rakaat pertama - Selepas surah Al-Fatihah, baca Ayat Al-Kursi sebanyak 7 kali.
Rakaat kedua - Selepas surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas sebanyak 11kali.

Kaedah bacaan surah-surah diatas tidaklah dimestikan.Bacaan surah-surah lain yang anda sudah hafal juga dibolehkan.

Selepas memberi salam, bacalah kalimah tasbih di bawah ini sebanyak 10 kali.

 

Akhir sekali bacalah doa berikut :

 

sambungan doa,

 

marilah kita sama-sama amalkan solat dhuha ni ya. Semoga Allah mudahkan masalah kita, dan bantu selesaikannya. Semoga Allah juga murahkan rezeki kita. InsyaAllah.

Raihana Abdul Aziz
Independant Shaklee Distributor

No comments:

Post a Comment