Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Satu hari kita pergi kedai, nak beli henfon. Kita cari henfon mana yang paling kita perlukan, sesuai dengan fungsi yang kita mahu, sesuai dengan bajet yang kita ada. Dah jumpa mana yang berkenan dihati, kita pun beli. Dengan secara sahnya, kita adalah TUAN kepada henfon baru kita.

Apa yang kita expect bila dah menjadi TUAN?. Ya, kita mestilah expect henfon kita akan berkhidmat sepenuhnya kepada kita. Menjadi apa yang kita mahu semasa kita setuju untuk menjadi tuannya. Dan apa jadi kalau henfon tu tak menjalankan tugasnya? Pasti kita marah kan?

Inilah yang kita kena selalu ingat apakah tugas kita sebagai manusia di dunia ini. Kenapa Allah cipta kita? Siapa sebenarnya kita?

Manusia, dan semua makhluk di langit dan bumi adalah HAMBA ALLAH. Allah itu TUHAN kita. Kenapa dia cipta kita? Supaya kita menyembah, memuji dan meminta hanya padaNya. 





QADA' & QADAR

Semasa proses Allah ciptakan makhluknya, Allah dah tetapkan qada' & qadar untuk setiap makhluk itu. Rupanya, siapa ibu bapanya, bagaimana kesihatan dan rezekinya, siapa jodohnya, berapa umurnya. Semua Allah dah tetapkan. Inilah yang dipanggil Qada' & Qadar. Dan Qada' & Qadar ini bukan hanya perkara yang elok-elok sahaja. Qada' & Qadar juga termasuk perkara yang kita tak suka yang kita sebut sebagai UJIAN.

Contohnya;

Ada orang diuji dengan kemiskinan, lahir dalam keluarga miskin, ada penyakit dan sebagainya.

Ada pula orang yang diuji dengan umur yang pendek, atau umur anak-anak yang pendek. 

Ada juga yang diuji dengan kebodohan. Maksudnya otak mereka lambat pickup. Tak cergas belajar seperti orang lain.

Dan bermacam-macam lagi ujian. Seperti kehilangan rezeki, dilahirkan lembut bagi lelaki, dan sebagainya.

Kesemua ini merupakan ujian yang sudah termaktub dalam qada' & qadar kita. Ujian yang merupakan perkara yang Allah dah tetapkan sebenarnya untuk mengangkat darjat kita. Sekiranya kita TIDAK BERPALING daripada Allah.

APAKAH MAKSUD TIDAK BERPALING?

Tidak berpaling bermaksud, kita sabar, solat, dan memohon keampunan Allah. Sekiranya kita mampu bersabar, darjat kita memang akan naik disisi Allah. Dan Allah akan ganti apa yang kita hilang dengan benda yang lebih baik.

Tapi sekiranya kita berpaling, maka gagal lah kita akan ujian yang diberikan tadi. Dan yang lebih menakutkan, kalau kita semakin jauh dari Allah. Sehingga membuatkan kita mendapat azabnya yang amat pedih.

Betapa ramai dikalangan kita, yang apabila ditimpa ujian, kita marah, kita salahkan Allah. Kita kata Allah tak sayang kita. Kita kata Allah saja nak hancurkan kita. Kita putus asa. Kita tanak solat, tanak sembah Allah sebab kita rasa dah tak berguna. Kita jadi kejam terhadap orang lain kerana kita rasa Allah tak adil kepada kita. Kita ikut nafsu kita kerana kononnya itu adalah hak kita.

Betulkan? Betul. Sebab saya sendiri pernah merasainya. Saya marah, kecewa, benci, semua berkecamuk dalam jiwa. Tapi akhirnya kemarahan itu tak mendatangkan apa-apa,  kita tetap juga perlu berpatah balik semula..Siapa kita nak marah-marah?...Siapa kita nak mempersoalkan qada' & qadar Allah?...kita HAMBA....HAMBA......

USAHA, DOA, TAWAKKAL

Habis buat apa nak usaha? Nak doa? Kalau semuanya Allah dah tetapkan? Kenapa nak usaha kalau akhirnya itulah yang Allah dah tetapkan untuk kita?

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya. Allah memang boleh beri apa sahaja dalam sekelip mata. Tapi sunnah Rasulullah saw, kita perlu usaha untuk merubah nasib kita.

Rasulullah saw tidak tidur sahaja dirumah untuk menyebarkan islam, walaupun bagindalah orang yang paling tahu akan qada' & qadar Allah. Baginda juga orang yang paling banyak solat dan berdoa, walaupun baginda sangat mengetahui Allah paling menyayangi baginda dari kalangan para nabi dan rasul.

Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang didalam isi hati kita. Walaupun ia merupakan isi yang paling kecil sedalam-dalamnya. Tapi ingatlah Allah itu TUHAN kita. Kita ini HAMBA dia. Allah mahu melihat usaha kita, dan mendengar rintihan kita meminta apa kita hajati, supaya ia menjadi asbab Allah berikan kita apa yang kita mahu.

Ya, qada' & qadar boleh berubah mengikut usaha dan doa kita. Allah Maha Baik. Walaupun Dia dah tetapkan qada & qadar kita, kalau kita tidak sombong, kita buang ego kita, kita bersujud, merintih kepadaNya, Allah akan makbulkan doa kita, pada waktu dan ketika yang paling baik. Bila Allah nak beri, itulah tawakkal. Kerana yang Maha Mengetahui itu Allah. Hanya Dia yang tahu bila masa yang terbaik untuk kita mendapatkan apa yang kita hajati.

SAYA DAH DOA YA ALLAH, KENAPA BEGINI JUGA KESUDAHANNYA?

Allahu Akhbar.
Allahu Akhbar.
Allahu Akhbar.

Allah Maha Besar. Ingatlah kembali. Apa pun yang kita lakukan. Sebanyak mana pun amalan, sampai hitam-hitam pun dahi kita sujud pada Nya, kita masih HAMBA Allah.

Allah itu TUHAN kita. Dia layak buat apa sahaja pada kita. Dia yang cipta kita. Dia nak uji kita, itu hak Dia sebagai TUHAN. Apabila kita sudah berusaha sehabis baik sampai  dah tak mampu lagi nak usaha dah, dah berdoa sebanyak-banyaknya, masih juga begitu, kembalilah semula kepada qada' & qadar yang Allah sudah tetapkan.

Redhalah, jangan berpaling dariNya, kerana sudah Allah sebutkan didalam Al-Quran, orang yang bersabar terhadap ujian yang Allah berikan, nescaya syurga menunggu mereka.
Dari Jabir r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; Pada hari kiamat kelak, ketika orang-orang yang pernah diuji diberikan balasan baik, maka orang-orang yang sihat ketika didunia akan berharap andainya kulit mereka dihiris-hiris ketika didunia.( Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Abi Dunya). Begitulah balasan orang yang hidup didunianya penuh ujian, tetapi mendapat balasan yang baik diakhirat kerana sabar dan redha mereka.

SYUKUR AKAN MENGUBAT HATI.

Sesungguhnya, apabila kita susah, pasti akan ada lagi makhluk Allah yang lebih susah. Contoh yang paling mudah untuk diingati adalah hidup kekasih kita, Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW lahir sahaja sudah tidak mempunyai ayah. Apabila umur baginda 6 tahun ibunya pula pergi meninggalkan baginda. Hidupnya pula miskin, menagih kasih pada atok dan pakciknya sahaja. Pakcik kesayangannya pula mati dalam kekafiran, tidak mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk islam.

Kesemua anak-anak nabi Muhammad meninggal dunia sebelum baginda wafat. Kecuali anak baginda Fatimah Az-Zahra. Kalau kita ditakdirkan sedekian rupa. Adakah kita akan jadi hamba yang masih taat?. Itu baru sahaja cerita pada keluarga baginda sahaja, belum lagi segala jenis penyeksaan yang orang kafir Quraisy terhadap baginda.

Syukurlah, sesungguhnya nikmat dan rahmat Allah berikan pada kita tidak terhingga. Sehingga kita nak menyebut perkataan Alhamdulillah itu pun merupakan hadiah dari Allah. Cuba bayangkan kalau kita tak mampu nak fikir pun perkataan Alhamdulillah, apa lagi menyebutnya. Syukur...
bersyukurlah kita dengan berusaha untuk lebih dekat pada Allah, dengan mentaati perintahNya, dan meninggalkan segala laranganNya.

PANDANGAN BERUBAH. 

Apabila kita faham qada' & qadar, kita faham ujian, kita tak akan mudah menghina orang lain. Atau memandang seseorang dengan pandangan yang buruk.

Bila kita melihat aib seseorang, kita tahu, Allah sangat menyayangi orang itu, Allah sedang mengujinya untuk mengangkat darjatnya.

Bila kita lihat seseorang ditimpa bencana, kita akan nampak, masyaAllah, sekiranya orang itu bersabar, Allah sedang menyediakan syurga padanya di hari akhirat. Sungguh beruntung orang itu.

Berdoalah untuk mereka. Supaya mereka tidak berpaling. Supaya mereka menjadi orang yang sabar dan redha. Kerana seorang mukmin mendoakan untuk mukmin yang lainnya, malaikat akan mendoakan mukmin yang berdoa itu doa yang sama. Dan doa malaikat, doa makhluk yang langsung tiada dosa, 100% makbul. InsyaAllah. 

Jadilah makhluk Allah yang baik. Kerana Allah suka pada hambanya yang baik dan berlemah lembut. Wallahualam.



Aku mendoakan sahabat yang membaca coretan ku ini akan diberi bahagia oleh Allah didunia dan diakhirat. Allah berikan kamu rezeki dan kesihatan. Allah berikan kasih sayangNya kepada kamu dan semua keluarga kamu. Sabarlah wahai sahabat, sesungguhnya Allah sangat sayangkan kamu, sehingga Allah temukan kamu dengan coretanku ini untuk kamu lebih mengenaliNya..❤️

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

~ Raihana Abdul Aziz, Jalan Pantai Luak, Miri, Sarawak.

Assalammualaikum wbt.

 


Semalam tengok video pasal Doa.
.

Nak doa konfem makbul?

1) Yakin Allah makbulkan. Semuanya mudah dan senang di mata Allah. 

Ibarat kita lihat seorang kanak-kanak menangis terpekik terlolong nak kan crayon, sedangkan dalam beg dia ada beribu-ribu crayon lagi, kita mesti tergelak melihat dia. Apela crayon pun nak nangis. Bukan ape pun crayon tu..Begitulah Allah melihat doa-doa kita. Semuanya boleh diberinya dengan sekelip mata.
.

2) Doa dengan penuh pengharapan. Betul-betul mintak. Jangan ada rasa "mesti tak dapat ni" langsung. 
.

3) Jangan doa dengan teks. Yang dah bertahun-tahun pakai. Sampai hilang rasa fokus. Sebab dah hafal.
.

4) Doa benda yang buat hati kita bergetar. Sampai menangis. 

Dia cerita, ada seorang perempuan, tawaf 70 kali kat kaabah. Mintak didatangkan jodoh. Sampai ke 70 kali tawaf, kaki dia dah sakit-sakit, dia berdoa, " Ya Allah, datangkan jodoh aku. Aku nak berumah tangga ya Allah. Kalau dah tak ada sesiapa lelaki dalam dunia ni, kau turunkanlah seorang malaikat untuk ku, jadikan dia lelaki, nescaya aku akak kahwini dia"
.

Dan selepas itu dia berjumpa dengan lelaki sangat baik untuk berkahwin dengannya. Btw jangan tawaf 70 kali. Ustaz tu kata jangan! 
.

5) Doa spesifik. Doa apa yang anda mahu. Doa yang besar-besar.
.

Jangan doa Ya Allah berikanlah aku kerja yang baik. Doa Ya Allah berikan aku pekerjaan yang buat aku dapat beli kereta Ferrari!

Jangan doa Ya Allah luluskan aku dalam exam. Doa Ya Allah jadikan aku antara pelajar-pelajar hebat dalam result exam kali ni..

Bila kita doa besar, kita yakin kuasa Allah tu besar. Dia akan bagi kita serba serbi besar. Takla bermaksud barang je. Boleh doa ya Allah berikan aku kekayaan supaya aku boleh tolong umat palestin susah kat sana tu.
.
 


6) Perbaiki amalan. 

Dah nak mintak dari Allah. Tapi tanak melobi Dia. Solat awal waktu. Banyakkan berzikir dan berselawat.
.

7) Hubungan dengan manusia.
.

Kita tak boleh puas hati semua orang. Jangan berbuat kejam sesama manusia sudah lah. Yang lain tu bersangka baik je. Jaga yang paling utama, hubungan dengan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak. Doa mereka untuk kita takkan dihisab.
.

8) Banyakkan bersedekah.

Ni janji Allah. Banyak sedekah Allah ganti dengan yang lebih baik. Niat baca Al-Fatihah untuk ibu bapa pun sedekah tau.
.

9) Doa waktu mustajab.

Bila tu?
- selepas azan, sebelum iqomah
- sewaktu sujud terakhir.
- selepas solat.
- sewaktu bermusafir.
- bulan ramadhan.
- lailatulqadar.
- eh ada macam-macam lagi kan? Lupa dah awak..
.

10) Bersangka baik
.

Kalau Allah belum bagi, maka belum masanya. Bukan Allah tanak bagi. Jangan putus asa cepat sangat. Yakin Allah mesti bagi. Cepat atau lambat, Allah Maha Mengetahui.
.

10 tips. Ke ade lagi? Ada sesiapa nak tambah??
.

#JomDoa


Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
Assalammualaikum wbt.

 

Pernah tak rasa rezki macam sangkut-sangkut je.. Fina pernah. Dan especially yg buat biz akan lebih senang nak rasa. Sama ada rezki mudah masuk atau pun sangkut-sangkut.

Dalam keadaan mcm ni kita jangan pandang salah orang lain. Pandang diri kita je. Pasti ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan supaya rezki kita mudah masuk dan diberkati. Kadang Allah tarik rezki supaya kita ingat dan kembali pada Dia. Pasti ade hikmah disebalik apa yang Allah takdirkan untuk kita. Selalu la bersangka baik. Cuba positif kan diri.

Ade 5 perkara yg kita perlu buat sebagai tanda taubat dan syukur kita padaNya..

1. Istighfar dan solat sunat taubat.🍁

– dosa2 kita juga boleh menjadi batu penghalang kepada rezki kita.. selalu la istighfar kerana kita hanya manusia yg mudah melakukan kesilapan. Rendahkan diri kita sebagai seorang hamba yg penuh dengan dosa. Mohon keampuanan pada Allah dengan sesunguhnya..

– dalam Alquran juga disebut, sesiapa yg memohon ampun pada Allah, akan datang jalan keluar kepada masalahnya dan Allah akan beri rezki dari arah yg tak disangka-sangka.

2. Syukur dengan nikmat yg kita ada skrg..🍁

– Bila ada masalah atau tak dapat rezki seperti yang kita minta, kita seolah-olah lupa akan nikmat Allah pada kita selama ni. Padahal terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri yg Allah dah beri selama ni.. paling kita tak sedar Allah beri nikmat dan tak tarik balik dari kita..Allah..

– jadi banyakkan bersyukur kerana nikmat Allah pada kita tidak terhitung banyaknya. Bila bersyukur hati kita akan lebih tenang dan membuka pintu rezki untuk masuk dgn mudah..dan ketahuilah makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar..

3. Perbaiki solat dan solat awal waktu.🍁

– Siapa yg menjaga solat, Allah akan menjaganya.. Allah akan beri dia kejayaan di dunia n akhirat.. Solat akan menjadikan seseorang itu dekat padaNya. Bila perkara paling penting kita jaga dengan sehabis baik in shaa allah pasti rezki dan hidayah Allah mudah untuk datang..

4. Berbuat baik pada ibu bapa.🍁

– Rezki kita juga boleh sangkut-sangkut jika kita tak jaga hubungan kita dgn ibu bapa..tengok bagaimana nada kita bercakap dengan mak. Adakah kita mengembirakan mereka.. kalau boleh call mak hari-hari dan tanya khabar
- doakan mereka (mak ayah kita)  bagi yg masih hidup atau meninggal dunia. Kerana doa itulah tanda kasih syg kita pada mereka..bila hubungan dengan mak ayah kita baik, pastinya mudah utk kita dpt rezki yg baik juga..

 

5. Sedekah.🍁

– dah ramai yg tahu dasyatnye kesan sedekah ni pada rezki kita.. ia menyucikan harta kita dan mengundang rezki yg barokah. Sedekah yg Allah suka adalah yang berpanjangan walapun sedikit..

– setiap hari sedekah la semampu yg mungkin. Cuba jadikannya amalan harian kita.. cuba sedaya upaya menjadikannya amalan wajib kita setiap hari. Pastinya lebih mudah rezki utk masuk dan berkembang..


Sekian dari Ana, semoga kita sama-sama cuba perbaiki diri kita agar Allah menjadikan hidup kita lebih barokah dan penuh kasih syg..❤

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

Selepas pulang dari pickup anak di sekolah, jalan pulang ke rumah pasti akan bertemu dengan lampu isyarat. Salah satu lampu isyarat tu, memang lama sungguh. Ada la nak tunggu sampai 10 minit. Baru la giliran kita yang jalan. Tiba-tiba, sambil lihat-lihat kawasan sana sini, adalah sebuah kereta BMW X6 kaler maroon sama-sama beratur sebelah kereta kita.

Dalam hati terus cakap 
" Cantiknya kereta ni. Memang kereta impian. Bila la nak dapat?..."
" Ahhhhh..tak mungkin lah dapat pakai. Gaji berapa sangat. Kalau pakai kereta ni, mahu makan pasir aku hari-hari "

 

image : google 

Familiar dengan dialog kat atas tu? Nahhh... tak payah nak menipu. Mesti ada hari-hari yang kita akan berdialog macam tu. Tengok kereta mewah ke. Tengok rumah besar macam istana ke. Mesti adalah. Pastu akan rasa, huuu.. aku tak layak. Dia takpelah, ada business. Dia takpelah, laki dia kaya. Mak dia sultanah kat Turkey, Atok dia dulu adik beradik Parameswara.

Hahaha.. ok itu over sangat.


Tapi tak dinafikan. Ana juga salah seorang yang berperangai macam ni dulu. Dulu Ana ni suka cakap kat diri sendiri. Alaaaa, aku ni bukan pandai pun. Cakap mat salleh pun tergagap-gagap. Tak mungkin jadi orang ada-ada. Bila nak exam dulu pun asyik la cakap. Takkan pass punya la. Banyak gila tak tahu. Mulut tu...TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN!
Ana rasa cakap camtu mcm rendah diri. Konon- konon tanak belagak la kan. Tapi sekarang baru la Ana tahu, apa Ana cakap tu sebenarnya SABOTAJ diri sendiri. Tapi yang sebenarnya, bila kita cakap mende tak elok je kat diri kita, sebenarnya kita tak percaya yang Allah tu Maha Adil.

 
image : google

Kenapa?

Sebenarnya Allah bagi kita peluang yang serupa. Kalau kita nak jadi apa yang kita nak jadi, peluang tu ada, jalan tu ada, tak kira la kite ni anak orang kaya ke, anak orang miskin ke.Tapi tentulah jalan tu tahap mudah susah dia lain- lain setiap orang. Ade orang tahap susah dia takde duit banyak, ada orang tahap susah die konfiden level rendah. Semua ada susah senang masing-masing. Tapi tak bermakna kita tak boleh capai ape yang kita nak.

 Jadi lepas ni jangan dah sabotaj diri sendiri.

Kalau terlintas kat kepala kita tiba-tiba, "aku rasa nak pegi oversea la tahun ni" ,  pastu ada pulak terlintas "mane aku mampu, duit aku sikit je", cepat-cepat sebut Nauzubillahiminzalik.

Bila hajat kita terlintas kat kepala kita pun atas izin Allah. Maksudnya Allah nak bagi lah tu..Doa la mintak dari Allah, " Ya Allah, aku rase nak jalan g obersea sangat, camana aku nak buat Ya Allah, boleh tak kau tunjukkan jalan?"

Dan percayalah, Allah mesti bagi. Lambat atau cepat. Bila kita dah ready. Allah kan sayang kita..❤️❤️❤️.

 
image : google

Ikhlas;
Raihana Abdul Aziz,
Shaklee Independant Distributor Malaysia,
ID 1220093 
raihanazafril@gmail.com
Kadang-kadang kita selalu terfikir. 

- Kalaulah kita tak buat macam itu, mesti kita tak akan jadi macam ini.

-Kalaula kita tak buat silap macam tu dulu, mungkin nasib kita lebih baik sekarang.

- Dan macam-macam lagi kalau kalau kalau.

Tapi kita lupa, yang HIJRAH itu kehadapan, tak perlu pun berpatah balik nak jadi lebih baik.
.
Tak kira la hijrah ekonomi, hijrah akhlak, hijrah agama, semua hijrah ke hadapan. Tak ada satu pun Allah suruh kita patah balik. Cuma Dia suruh mintak maaf je sungguh-sungguh. Pastu tu MOVE ON.
.
Susah ke HIJRAH? SUSAH..macam roket angkasa, nak berlepas, daya tujah ke atas kena tinggi, banyak tenaga diperlukan.Tapi bila dah gerak??..dah tak susah lagi.
.
Jomlah sama-sama hijrah.Tak kisah lah hijrah apa, Allah bagi pahala pada semua sekali. Niat untuk-Nya.
.