Anak Sakit Perut

Assalammualaikum.

Entry blog kali ni tengah malam buta saya buat. Tahu tak kenapa? Sebabnya princess ibu sakit perut malam ni..Ibu kena overtime la kan!..hehehe

Kisahnya kami sekeluarga dah mula tidur selepas Isyak, letih sebab baru pulang dari rumah in-laws di Maran. Walaupun Maran ke Kemasik ni dalam 2 jam je, but travelled with 2 kids paham-paham je la kan. Lagipun last month langsung tak balik sini, hubby ade course di Subang, kena la buat deep cleaning sikit bila sampai..

Tapi around pukul 12.30 malam tiba-tiba princess kesayangan ibu ni menangis pulak. Selalu nangis bagi nenen terus tidur balik, ni lepas dah bagi nenen bukan makin kuat pulak lagi tangisannya. Princess R tak penah meragam lagi sejak lahir, malam tidur lena je - Alhamdulillah. Ibu ape lagi, kalut semacam la,
duk fikir kenapa ni, nampak apa-apa ke? 

Tapi semasa dukung nak tenangkan Princess  R, badan die mengeliat dan dengar dia kentot. Terus ckp dalam hati, hurmm aku ada salah makan la ni. Princess R dah sakit perut. So terus g ambil minyak angin dan baringkan dia menegak atas bantal. 

Dalam die jerit2 tu saya sapu minyak angin pada PERUT dia sambil urut-urut ke arah bawah. Mulut selawat dan baca Basmallah banyak-banyak kali, mohon Allah bantu. Tapi minyak tu letak sikit. Lepas tu GOSOK-GOSOK tangan kita sampai jadi panas, tekapkan dekat perut tu dan urut-urut lagi ke arah bawah.

Next, bukak stokin dia dan sapu minyak angin pada TAPAK KAKI dan juga BETIS. Pada betis tu urut-urut lagi ke bawah. Slowly sambil selawat lagi. Lepas tu saya pegang kaki dia, and gerakkan kaki dia macam tengah CYCLING BICYCLE. Buatla 3-4 round. Finally, 5 minutes after that, Alhamdulillah, syukur syukur, Princess R dah stop menangis dan terus tidur.

Disebabkan saya belum pasti semua angin dia dah keluar ke belum, saya biarkan je dia tidur menegak. Poor my Princess, ibu rasa ibu g minum air asam boi la siang tadi yang buat Princess sakit perut. Padahal minum setengah cawan je. Effect dia...aduhai.Inilah pengorbanan ibu menyusu. Salah makan tak tidur malam la jawabnya. 😌

Princess R lena lepas diurut. Tidur menegak elak angin tekan perut dia. 
Ok sekian tips untuk malam ni. Semoga bermanfaat. Wassalam.

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independent Distributor
raihanazafril@gmail.com

No comments:

Post a Comment