Cara Mengerjakan Solat Sunat Isyraq

Assalammualaikum.

Seperti biasa saya akan kongsikan amalan-amalan ibadat yang saya pelajari dari buku Solat-Solat Sunat Dan Solat Jenazah keluaran Syarikat Darul Nu'man. Hari ini tentang SOLAT SUNAT ISYRAQ.

Solat sunat ni saya baru je tahu lepas membaca buku Darul Nu'man ni. Sebelum ni memang tak tahu. Mungkin kat sekolah dulu ada belajar, tapi saya tidur agaknya...tulah mak ayah suh g skolah belajar. Ni tido dah tak tahu ilmu penting..Astagfirullah.

Solat sunat Isyraq 2 rakaat ini dikerjakan pada pagi hari sebaik terbit matahari tingginya kira-kira 3 meter (sepuluh kaki), iaitu kira-kira antara jam 7 pagi hingga 7.30 pagi.

Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat,adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.
Cara mengerjakan Solat Sunat Isyraq adalah seperti berikut;
1) Lafaz dan niat Solat Sunat Isyraq;

2) Rakaat pertama, selepas bacaan Surah Al- Fatihah, baca surah Al-Kafirun
3) Rakaat kedua, selepas bacaan Surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas.
4) Selepas memberi salam, baca doa berikut.

Semoga bermanfaat. Wassalam.


Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
013-2907540
raihanazafril@gmail.com







No comments:

Post a Comment