My Breastfeeding Story.

Assalammualaikum wbt.

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum kenal Shaklee dan ilmu pasal nutrisi sangatlah sedikit. Yang saya cuma ada, pesanan orang tua. Ya, saya masih ada nenek yang sangat baik hati menjaga saya sewaktu berpantang anak pertama. Alhamdulillah nenek saya masih sihat. Disebabkan ibu saya masih bekerja, nenek la yang datang setiap hari untuk menguruskan saya dan Muhammad Zharif, anak pertama saya.

Muhammad Zharif 6 bulan.
Dari anak pertama, saya memang berniat nak susukan anak saya sehingga anak saya 2 tahun. Nak ikut sunnah. Lagipun susu badan kan adalah susu paling baik dalam dunia dan tentulah, saya mencari lah ilmu bagaimana nak tingkatkan pengeluaran susu badan, cara nak buat stok susu apabila saya dah bekerja nanti, dan sebagainya.

Di samping itu, dapat juga petua dari nenek saya juga. Nak susu badan banyak kena makan lobak putih, makan sup sawi, kena banyak berpeluh dan macam-macam lagilah. Semua tu memang saya tulis dalam diary saya. Takut terlupa nanti.

Tapi apakan daya, bila nak naik kerja, sukarnya nak maintain pengambilan makanan sihat setiap hari.Dan juga bangun awal pagi untuk mengepam susu. Waktu rehat di office hanya ada 1 jam. 1 jam tu la nak pam susu. Nak makan nasi. Nak solat. Saya tiada pilihan. Memandangkan saya PJJ dengan suami, dan menguruskan anak seorang diri, saya memang tidak ada kudrat nak masak setiap hari untuk membawa bekalan ke tempat kerja. Saya memang kena beli je dari kafe berdekatan.

Faham-faham je lah, bila kita beli makanan dari kafe, kita tak tahu tahap nutrisinya. Walaupun makanan yang saya ambil tu makanan yang seimbang, mungkin nutrisinya musnah semasa proses pembuatan makanan atau makanan dimasak terlalu awal, bila dah petang khasiatnya pun berkurangan. Orang tua kata 'dah sejuk', 'dah masuk angin'.

Muhammad Zharif hanya dapat menyusu badan sepenuhnya hanya selama 7-8 bulan. Lepas tu, susu saya dah tak dapat nak tampung keperluan anak saya. Akibat kekurangan nutrisi, saya cepat letih, dan asyik nak marah je dan akhirnya saya giveup. Saya mula beri susu formula kepada Muhamad Zharif.

Untuk anak yang kedua ni, Rua Rafeeqah nama puteri saya. Saya mula berazam balik. Nak bagi susu badan sepenuhnya seama 2 tahun dan alhamdulillah, saya telah berkenalan dengan SHAKLEE SET PENYUSUAN. Kini anak saya baru mencecah 3 bulan. Tapi perbezaan memang ketara dengan waktu menyusukan Zharif dulu. Badan saya tidak cepat rasa letih. Saya mampu bangun malam. Dan susu saya setakat ini masih maintain, walaupun ada kalanya saya skip mengepam.

Rua Rafeeqah 2 Bulan dan Muhammad Zharif 4 tahun.
Anda nak tahu kenapa ibu perlu mengambil vitamin tambahan apabila menyusukan bayi? klik di SINI.
dan korang nak tahu apakah SET PENYUSUAN SHAKLEE dan khasiatnya? klik di SINI.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca penulisan yang tak seberapa ini.Wassalam.

Berminat mencuba vitamin Shaklee?
Nak cantik dan sihat bersama Shaklee?
Nak hadiahkan Shaklee pada yang tersayang?
Atau hanya nak jadi pengedar berdaftar Shaklee?

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.




Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
raihanazafril@gmail.com




No comments:

Post a Comment